[Pertandingan] Block B Pilihanku dan Hadiah Menarik Untuk Dimenangi

block b pilihanku buletin kpop

Wahai BBC-BBC sekalian, terfikirkah anda mengapa anda meminati BLOCK B selama ini Terfikirkan anda, apakah faktor-faktor yang mengundang anda begitu tertarik dengan BLOCK B? 
Sejauh manakah anda meminati BLOCK B? Siapakah BLOCK B? Di manakah BLOCK B tinggal? Bilakah BLOCK B wujud? Berapa kali BLOCK membuatkan anda tersenyum? Mengapa mesti BLOCK B?
Ceritakan dan kongsikanlah apa sahaja berkenaan BLOCK B. Tidak kira samada penulisan anda berkisarkan perasaan, pengalaman, pendapat, pemerhatian dan lain-lain. Yang penting mestilah berkaitan dengan BLOCK B. Wah~! Mesti banyak  cerita yang anda nak sampaikan? Jadi, apa tunggu lagi? Tunjukkanlah bakat penulisan anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik dari kami.

Syarat dan terma penyertaan:
1. Terbuka kepada semua peminat K-Pop di Malaysia lebih-lebih lagi BBC.
2. Tulis satu karangan bebas bertajuk ‘BLOCK B Pilihanku‘ di blog anda (Blogspot, Tumblr, WordPress dan lain-lain) dalam Bahasa Malaysia. Gambar dan video dibenarkan mengikut kreativiti anda.
3. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan.
4. Hanya dua pemenang akan dipilih berdasarkan tatabahasa serta penggunaan Bahasa Malaysia yang baik, tepat dan kreatif.
5. Pertandingan bermula dari 13 November sehingga 22hb Disember 2013, sebelum atau 11.55 malam.
8. Pemenang akan diumumkan di blog kami pada 25hb Disember 2013.
9. Hantarkan pautan blog anda melalui widget di bawah dan pastikan anda meletakkan entri blog ini ke entri anda (jika tidak, penyertaan anda dibatalkan)

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter