Selepas berlakon dalam drama siri web Tonton iaitu ‘Autumn Di Hatiku‘ yang telah mencecah hampir sejuta tontonan video, Kim Jin Sung akan muncul dalam drama siri web komedi yang terbaru.
Dia akan membintangi drama Dan Calonnya Adalah yang diterajui Faralyna Idris dan Anding Indrawani. Drama ini mengisahkan Katrina lakonan Faralyna Idris yang dikongkong oleh ibunya termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Katrina perlu mencari jodoh pilihan sendiri sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan jejaka pilihan ibunya.
Kim Jin Sung akan membawakan watak sebagai Park iaitu seorang arkitek dan model dari Korea.
Kami telah menyaksikan secara esklusif episod 1 – 3 semasa sidang akhbar pada hari Isnin yang lalu. Memang menarik dan kelakar.
Saksikan DAN CALONNYA ADALAH… menerusi portal video Tonton mulai 12hb Disember 2013 – 20hb Januari 2014, episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat pada 2 jam tengah hari di http://www.tonton.com.my/dancalonnya.
Ikuti kami di: