Salah satu persembahan Reggae yang dinamik akan datang ke Kuala Lumpur!
Artis popular Skull dan HaHa akan berada di Malaysia buat kali pertama pada Sabtu, 21 Disember 2013 untuk bertemu peminat bersama dengan parti muzik reggae yang bertenaga.
Ramai yang mengenali HaHa melalui rancangan popular Korea iaitu Running Man tetapi dia juga penyanyi yang terkenal dan mempunyai lagu hit #1 di carta muzik Korea. Selain itu sebagai duta untie ‘Monster University’ dan jurucakap untuk kempen COKE selama dua tahun berturut-turut di Korea.
Skull yang kini di bawah label abang Mariah Carey iaitu Morgan sinonim dengan irama reggae dan mempunyai peminat yang ramai di Amerika Syarikat dan kepulauan Carribbean. Skull juga merupakan bekas ahli kumpulan Stony Skunk di bawah label YG Entertainment.
Maklumat :
Sesi bertemu dan Ramah Mesra
Tarikh: 21 Disember 2013
Waktu: 11.30 pagi
Lokasi: Upper Atrium, Paradigm Mall
Skull & HaHa First Malaysia Reggae Party
Tarikh: Sabtu, 21 Disember 2013
Waktu: 7.30 malam
Lokasi: KL LIVE
Tiket boleh didapati melalui laman Ticket Charge dan Hotline: +603 9222 8811
Mari lihat pesanan video dari mereka yang tak sabar untuk bertemu peminat di sini.
Ikuti kami di: