Selepas berjaya membawa band LUNAFLY sebanyak dua kali ke Malaysia. Kini, M.E. Malaysia membawa ikon YouTube yang tidak kurang hebatnya iaitu LEDapple. Sudah pasti LEDA (nama peminat) di Malaysia tidak sabar untuk bertemu dan melihat persembahan dari band idola yang unik ini. Lebih-lebih lagi LEDapple selalu membuat cover ‘Music Note’ di saluran YouTube mereka.
“F.Y.I On Stage with LEDapple in Kuala Lumpur” akan diadakan pada 8 Mac 2014 di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara. Pas Premium dijual dengan harga RM280 dan ianya terhad. 200 pas pertama yang berjaya dijual berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama LEDapple (Pre-Show Meet & Greet).
Mari lihat promo video mereka.
Post by Inspire.ME.
Jadi, apa lagi wahai LEDA-LEDA di Malaysia semua, jangan fikir-fikir lagi. Dapatkan pas anda seperti maklumat yang kami berikan di bawah:
Tarikh : Sabtu, 30 November 2013
Lokasi : HK Station, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
Waktu : 12.00 tengah hari – 5.00 petang
Untuk pembelian secara online, pas boleh dibeli bermula 1 Disember 2013 ini. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara pembelian tiket dan notis terkini boleh rujuk di laman Facebook M.E. Malaysia. Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.
Sebelum itu, mari berhibur dengan single terbaru mereka berjudul With The Wind.
Ikuti kami di: