Konsert FTIsland pada Disember ini Dibatalkan dan Cara-Cara Menuntut Kembali Bayaran Tiket

2013 FTISLAND 6TH ANNIVERSARY [FTHX] LIVE IN KUALA LUMPUR

Berita sedih buat Primadonna di Malaysia.
Penganjur konsert Daol Entertainment mengumumkan bahawa 2013 FTISLAND 6TH ANNIVERSARY [FTHX] LIVE IN KUALA LUMPUR yang telah dijadualkan pada 22 Disember 2013 telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.
Mereka memohon maaf atas pembatalan konsert dan peminat yang telah membeli tiket boleh menuntuk kembali bayaran melalui Redtix.
Kami baru merancang hendak membeli tiket konsert ini pada awal bulan depan. Tak sabar kami untuk melihat mereka kembali selepas mendengar lagu terbaru dari album FTHX. 
Tak sangka kami kerana notis pemberitahuan ini dimaklumkan sebulan lebih awal. Malaysia juga merupakan negara Asia pertama yang diumumkan untuk siri konsert jelajah ini.

Lawati laman web berikut untuk maklumat pembayaran balik; Daol, Facebook, Redtix.

FTIsland Malaysia bayaran balik refund method

FTIsland amat teruja untuk beraksi di Malaysia seperti yang dapat dilihat dalam video ucapan mereka. Semoga kita dapat jumpa nanti dengan Jonghoon, Honggi, Jaejin, Minhwan dan Seunghyun.

Daol Entertainment sebelum ini telah menganjurkan konsert Wonder Girls dan CNBLUE di Malaysia.

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter