Adakah anda orangnya yang bakal membuat persembahan pembukaan untuk Jay Park di Kuala Lumpur?
Saluran hiburan E! memberi peluang kepada para artis untuk mengadakan persembahan pembukaan untuk Jay Park pada November ini.
Inilah peluang anda untuk disaksikan di seluruh Asia melalu E! Jay Park akan datang ke Kuala Lumpur untuk ditampilkan dalam program E! News Asia Special yang akan mengimbau kembali perjalanan menjadi anak seni pada Disember ini dengan showcase esklusif. Tambahan pula, E! memberi peluang hebat untuk menjadi artis yang bakal membuat persembahan pembukaan.
Jika anda mempunyai bakat menari, menyanyi, beatbox atau rap, semua penghibur dijemput. Hanya hantar video persembahan terbaik ada, solo atau berkumpulan di dalam 3 orang, anda mungkin menjadi penghibur yang dicari. Lawati facebook.com/eonline untuk menghantar permohonan anda.
Hadiah menarik untuk akan diberikan untuk pemenang utama iaitu, anda berpeluang ke showcase Jay Park pada 24 November ini; membuat persembahan di hadapan penonton dan berpeluang menyaksikan diri sendiri di E!. Tapi yang tidak berjaya jangan bersedih kerana 15 hadiah saguhati berupa 2 tiket untuk menghadiri showcase akan diberikan kepada pemenang. Tarikh akhir untuk menghantar semua permohonan pada 11.59 malam 17 November 2013.
Kami tak sabar untuk mengetahui jika ada penghibur dari Malaysia yang akan membuat persembahan pembukaan untuk Jay Park. Jangan lupa temu janji anda pada 3 Disember 2013, 9.20 malam untuk menyaksikan E! News Asia Special: Jay Park esklusif hanya di E!
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.facebook.com/EOnline dan gunakan tanda pagar ini! #EspecialJayPark
Ikuti kami di: