Heechul Secara Rasmi Kembali ke Super Junior dan Zhoumi, Henry akan beraksi di Kuala Lumpur

heechul zhoumi henry SUPER SHOW 5 - SUPER JUNIOR WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR

Beberapa hari sahaja lagi untuk konsert K-Pop terbesar akhir tahun di Kuala Lumpur. Super Junior akan berada di sini untuk konsert SUPER SHOW 5 – SUPER JUNIOR WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR mereka. Berita baik buat peminat ialah Heechul akan menyertai konsert kali ini setelah menamatkan khidmat negara.
Sementara itu, ahli Super Junior-M, Zhou Mi dan Henry telah mengesahkan akan menyertai Super Junior di pentas ini.
Sudahkan anda mendapatkan tiket ke konsert ini? Kami dengar tiket untuk CAT5 dan CAT3 habis dijual sementara tiket-tiket zon lain panas terjual seperti goreng pisang.
Mari kita tengok ucapan dari Super Junior untuk peminat yang akan menyaksikan mereka di sini nanti.

Ikuti kami di :