Bersempena meraikan Korea Fair yang sedang dijalankan di Isetan, KLCC, S.M. Entertainment dan Isetan Kuala Lumpur berkerjasama dan membuat kejutan buat para peminat artist naungan SM Town dimana mereka membawa dan sedang menjalankan aktiviti penjualan barang-barang rasmi berlabelkan S.M. Entertainment sendiri. Jualan dan festival telah bermula sejak Jumaat yang lalu iaitu pada 1 November dan akan berakhir pada 14 November 2013!
Jika anda peminat TVXQ, Super Junior, Girls’ Generation, SHINee, f(x) dan EXO, jangan lepas kan peluang untuk melihat sendiri barangan yang dipamerkan.
Para pengunjung terpegun menonton muzik video yang ditayangkan pada skrin tv
Dijadikan cerita, disebabkan rasa teruja, kami mengambil keputusan untuk melawat tempat tersebut yang diberi nama ‘S.M. Exhibition’, di tingkat 2 Isetan. Sesampainya kami disana, ramai juga yang memilih dan rambang mata dengan produk-produk yang dipamerkan untuk dijual disana. Kami ingatkan pameran dari S.M. Entertainment ni secara besar-besaran sepertimana yang pernah dirasmikan di Seoul awal tahun, rupanya seperti kedai biasa-biasa sahaja. Padanlah ianya ditempatkan di Isetan dan bukan di dewan pameran.
Kami hanya cuci mata dan mampu melihat suasana serta gelagat peminat sahaja. Maklumlah barang-barang yang dijual boleh juga dikatakan mahal. Kami membuat anggaran, lebih kurang dari RM30-RM190 juga harganya. Barang-barangnya seperti topi, baju, buku-buku nota, kipas tangan, poster yang berukuran badan dan selipar pun ada!
pelbagai aneka corak topi yang dijual.
Kami diberitahu oleh pekerja-pekerja cantik dan kacak yang diterbangkan khas dari Seoul ke sini, dimana, untuk setiap resit pembelian RM160 dan keatas, pengunjung dan peminat akan diberikan peluang cabutan bertuah untuk memenangi tiket ke Seoul, Korea! Seronok bukan? Membeli-belah barangan artis kesayangan dan berpeluang ke negara mereka. Selain itu, mereka juga mengadakan promosi RM1 untuk poster terpilih untuk setiap resit pembelian.
Poster yang dijual pada harga RM1 pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Jangan lepaskan peluang! Kami dengar sudah banyak barang habis dijual dan telah digantikan dengan beberapa barang yang baru. Dahsyat sungguh warga peminat SMTOWN ni!
Memandangkan sambutan hebat dari para peminat K-Pop umumnya, mungkin pada masa hadapan S.M. Entertainment boleh membuat pameran ‘S.M.ART EXHIBITION’di Malaysia pula. Lagi gambar-gambar di pameran tersebut boleh dilihat di album gambar kami.
Jika anda sudah pergi ke pameran ini, apa pendapat anda pula? Patut diadakan lagi pada tahun hadapan? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti kami di: