Bila sebut ayam goreng, mesti ramai akan berkata tentang ayam KFC atau ayam goreng berempah nasi kukus. Jarang dengar mengenai restoran yang menu utama ialah ayam goreng.
Buat julung kalinya Restoran KyoChon akan membuka cawangannya yang pertama di Malaysia. Restoran ini bakal terletak di Pusat Membeli Belah 1 Utama. Tarikh pembukaan belum dinyatakan pula. Mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sijil pengesahan Halal.
Tapi apa kaitan pula dengan K-Pop? Kumpulan Super Junior dan penyanyi Ailee merupakan duta promosi untuk Kyochon. Super Junior dijangka datang untuk merasmikan restoran ini. Kalau ikut jangkaan kami, waktu paling sesuai sewaktu mereka datang untuk konsert mereka kelak.
Walaupun belum lagi dibuka secara rasmi di sini, mereka giat mengadakan aktiviti promosi seperti terlibat dalam satu festival makanan di mana poster khas Super Junior dan barangan lain diberi termasuk jualan ayam goreng. Macam menarik jer… macam nak je.
Kyochon juga merupakan restoran rasmi untuk konsert SUPER SHOW 5 – SUPER JUNIOR WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR di sini nanti.
Adakah kita dapat menyaksikan iklan ini di TV?
Untuk perkembangan terkini, lawati laman media sosial Kyochon Chicken melalui Laman web, Facebook dan Twitter.
Ikuti kami di: