Pelancaran Wajah Baru Majalah KLiK Bersama LUNAFLY

klik lunafly

Selama enam hari LUNAFLY berada di sini bersempena ulang tahun mereka selama setahun bersama peminat. Malah ulang tahun ini juga sempena meraikan mereka bersama peminat Malaysia selepas setahun mereka berada di Malaysia untuk pertama kalinya. Inspire. ME  telah membawa mereka dan telah berjaya mengadakan dua showcase dalam sehari iaitu untuk peminat Lunafly, Lukies. Tahniah diucapkan. Tapi sayang, kami tak sempat untuk menghadirkan diri di kedua-dua acara tersebut.
Pelancaran KLiK @ Wajah Baru telah diadakan di Pentas Concourse Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2013 yang lalu. Ia menyaksikan lebih 1000 orang peminat hadir memberikan sokongan. Sempena dengan aktiviti Lunafly di Malaysia, Karangkraf dan KLiK telah menjemput Lunafly sebagai artis istimewa bagi melancarkan dan memeriahkan acara pelancaran ini.

klik LUNAfly
Ini lah Kak Roselinda, selaku ketua editor yang bertanggungjawab menghasilkan dan menguruskan majalah KLiK
Lunafly terdiri daripada 3 orang jejaka yang berbakat dan mempunyai suara yang unik, Sam, Teo dan Yun. Seramai 100 pembaca bertuah dapat beramah mesra dan mendapat tanda tangan idola kegemaran mereka, Lunafly. Sekali lagi kami cemburu dibuatnya, kerana kami bukan salah satu pembaca bertuah untuk bersama dengan pembaca yang lain.

baki zainal 8tvnitelive lunafly klik
Baki, pengacara yang telah menceriakan suasana sepanjang majlis pelancaran.
Pelancaran KLiK @ Wajah Baru ini merupakan acara anjuran KLiK, majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Ia bertujuan untuk memperkenalkan dan menjenamakan kembali majalah KLiK kepada pembaca-pembacanya selepas lebih kurang lapan tahun berada di pasaran. Sebagai sebuah majalah yang mengikuti trend hiburan semasa global, KLiK telah mengambil langkah berani dengan mengubah reka bentuk dan pengisiannya. Ia berbeza dengan keluaran-keluaran sebelumnya kerana bermula dari keluaran 1 Oktober 2013 KLiK tampil dengan 100% pengisian berbentuk K-pop.

yun lunafly klik
 Sesi tandatangan oleh Lunafly
Peranan KLiK menyampaikan berita dan cerita terkini K-Pop turut dipanjangkan dalam laman webnya. Berita dan cerita yang dikeluarkan semuanya terkini, sensasi dan padat dengan maklumat. Ia boleh diakses melalui pautan klik.karangkraf.com. Tidak cukup dengan itu, KLiK juga mengajak pembaca-pembacanya berinteraksi melalui sosial media Facebook dan Twitter.

sam carter teo yun lunafly klik
Sesi tanda tangan dan hi-5 bersama pembaca KLiK yang bertuah
Terima kasih kepada editor KLiK kerana telah membuat majlis pelancaran ini secara terbuka dan memberi kami peluang untuk menjenguk keadaan pelancaran dan persembahan Lunafly. Semoga KLiK lebih kreatif dalam penghasilan dan dapat menyajikan berita-berita atau sumber yang betul serta baru kepada pembaca dan peminat.

Lagi gambar semasa pelancaran boleh dilihat di album kami.

Ikuti kami di: 
Share on facebook
Share on twitter