Asian Superstars Concert Yang Menampilkan kumpulan Boyfriend dan T-ARA Dibatalkan

boyfriend t-ara malaysia pulau pinang

Asian Superstars Concert 2013 yang telah dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober yang lalu telah dibatalkan. Kami lupa langsung mengenai konsert ini memandangkan ia diadakan di Pulau Pinang .
Pembatalan konsert yang turut menampilkan kumpulan idola Boyfriend dan T-ARA serta barisan artis dari Taiwan ini berlaku secara mengejut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui TicketCharge, penganjur iaitu MC Entertainment telah memberhentikan jualan tiket untuk Asian Superstar Concert 2013. Memandangkan tiada acara akan dijalankan, pembeli boleh menuntut bayaran balik pada waktu yang telah ditetapkan.
Jarang konsert yang melibatkan artis Taiwan dibatalkan memandangkan mereka mempunya ramai peminat. Menurut sumber tidak sahih di twitter, konsert ini dibatalkan kerana terdapat unsur-unsur penipuan. Dari segi mana, kami tidak mengetahui secara lanjut.
Kami berharap peminat Boyfriend dan T-ARA tidak putus harapan agar satu hari nanti mereka dapat menyaksikan persembahan kumpulan idola mereka di sini.
Lihatlah video pesanan dari Boyfriend dan T-ARA yang dirakam sebelum konsert ini dibatalkan. Ceria sungguh mereka untuk bertemu dengan peminat di sini.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter