Bahang Super Junior ‘Super Show 5’ di Kuala Lumpur Makin Terasa

SUPER SHOW 5 - SUPER JUNIOR WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR

Buat kali kedua untuk tahun ini kumpulan mega idol Super Junior akan datang ke Malaysia. Kali ini untuk menjayakan konsert yang dinantikan oleh para peminat di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu iaitu Super Junior World Tour ‘Super Show 5’.

Mereka pernah datang untuk Super Show 3 tapi tidak untuk Super Show 4. Sampai hati mereka kan? Tapi dalam masa tu, ada juga mereka datang untuk menjayakan acara-acara lain di sini iaitu MOA dan Super Asia Showcase 2012. Malah aktiviti individu juga seperti Siwon.
Konsert ini dikhabarkan akan menjadi konsert K-Pop yang terbesar yang akan diadakan di Kuala Lumpur untuk tahun ini dan akan menunjukkan rekaan pentas dan kesan khas visual yang menggagumkan. Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai sebarang konsert dari artis SM Town. Pengalaman menyaksikan konsert mereka di sini telah mengesahkan segalanya.
Apa yang membuatkan kami tambah teruja adalah kerana konsert ini turut disertai oleh Kangin dan kami berharap Heechul juga akan turut serta memandangkan dia hadir untuk konsert di Manila baru-baru ini.

Kami pun belum lagi membeli tiket. Memang nak pergi, tapi kewangan pula menjadi halangan. *sobs*

Info konsert:
SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur
Tarikh : 23 November 2013 (Sabtu)
Lokasi : Stadium Putra, Kuala Lumpur
Masa : 5 petang

Harga Tiket : Cat 1 – RM658 (with seating and Rock Zone types), Cat 2 – RM558, Cat 3 – RM438, Cat 4 – RM388 dan Cat 5 – RM238

Tiket telah dijual dan ada peminat telah mula beratur sehari sebelum pelancaran tiket di Paradigm Mall pada 29 September yang lalu. Tiket untuk CAT 5 (RM 238) telah habis dijual semasa hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Star Planet 0392233667 / TicketCharge 03-92228811. Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter