Setiap minggu kami akan membaca Diari Ajieb untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Ajieb Rosdi untuk menjadi penyanyi di Korea. Walaupun apa yang kami kongsikan ini kisah yang sudah lama tapi tidak salah untuk kami berkongsi dengan pembaca setia blog Buletin Kpop.
Ada satu entri yang menarik perhatian kami iaitu apabila Ajieb menulis yang dia bertemu dengan Natthew iaitu penyanyi dari Thailand yang kini telah debut di Korea. Natthew telah muncul dengan single She’s Bad dan turut berlakon dalam drama bersiri Korea MONSTAR.
Rupanya Natthew juga merupakan pelajar di akademi seni yang sama dimasuki oleh Ajieb di Korea. Natthew merupakan pelajar asing pertama yang diambil dan diikuti dengan Ajieb. Kalau siapa yang berminat boleh lah, mencuba nasib.
Natthew turut memberi ucapan tahniah serta galakan kepada Ajieb dan berharap mereka akan berkongsi pentas suatu hari nanti. Kalau macam ni, nampak gaya, Natthew lah sunbae kepada Ajieb.
Ikuti kami di: