Setelah pelbagai masalah, isu, skandal dan halangan sepanjang karier mereka sejak tahun 2011. Debut dengan berkonsepkan hip hop adalah tidak asing lagi dengan nama BLOCK B. Terdiri daripada 7 orang anak muda yang mempunyai kelebihan tersendiri. Sejak isu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Stardom Entertainment membunuh diri, banyak aktiviti-aktiviti BLOCK B dibatalkan dan direhatkan. Selama setahun mereka mendiamkan diri tanpa sebarang aktiviti.
Kami masih lagi teringat pada tahun lepas dimana mereka hampir mengadakan persembahan di Sunway Lagoon untuk acara Konsert ‘K-Pop Storm’ bersama dengan artis-artis yang lain seperti SHINee, U-Kiss, TEEN TOP, Dal Shabet, Girl’s Day dan ramai lagi.
Penantian BBC (nama peminat rasmi) dan juga BLOCK B tidak sia-sia selama setahun ini. BLOCK B kembali di bawah syarikat yang baru iaitu ‘Seven Season‘ dan nama BLOCK B masih dikekalkan. Tanggal 3 Oktober 2013 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua BBC, bukan sahaja hanya di Korea Selatan, malah juga peminat K-Pop di seluruh dunia.
Memandangkan kebetulan kami berada di bumi Seoul ketika itu, sudah tentu kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan BLOCK B secara langsung. Malah, kami juga peminat BLOCK B (bukan tegar la tapinya. Hehehe!). Dengan niat hanya untuk membeli sedikit barangan ‘Very Good’ Showcase, tapi akhirnya keinginan untuk melihat persembahan mereka membuak-buak setelah kami tiba di Tiger Dome, Universiti Korea.
Nasib kami baik, kerana gerai barangan dibuka pada pukul 1.00ptg (KST). Kami pula tiba tepat pada pukul 12.30 tgh hari. Sejurus sampai, terus kami beratur untuk merebut barangan yang boleh dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
![]() |
Gerai menjual barangan rasmi Showcase |
Semasa beratur, agak ramai juga yang dah beratur sebelum kami. Kami dalam giliran yang mungkin ke-200 rasanya. Walaupun gerai dibuka pada pukul 1.00 ptg, tapi pada pukul 1.08 ptg kami dah sampai di kaunter gerai. Dalam 6 kaunter dibuka, sebab itu laju dan cepat kot. Apa lagi, selagi boleh dirembat, kami rembat mana yang mampu. Oleh kerana ketamakan kami yang melampau nak belikan untuk kawan-kawan di Malaysia, maka padahnya? Padahnya kami tidak cukup tangan nak bawa barangan ini ke hulu-hilir. Pengajarannya, setiap barangan konsert atau showcase di Korea selalunya tiada beg plastik disediakan. Jadi, bersedialah dengan beg anda sendiri jika anda ingin beli banyak-banyak macam kami ni. Melainkan barangan mereka ada beg kertas untuk dibeli.
![]() |
Inilah serba sedikit barangan rasmi yang berjaya kami beli. |
![]() |
Pada pukul 3.30 petang, fanlight dah pun habis dijual. Laku habis barangan ini. Nasib baik kami sempat. |
Mula-mula kami tak terlintas langsung dapat peluang untuk menonton showcase ini. Yalah, sebab kami dapat tahu tiket-tiket dah habis dijual pada mulanya dan katanya had hanya untuk 1000 peminat sahaja. Tiket murah pula tu. Nak tahu berapa harganya? 1,100 KRW jer tau. Kalau tukar ke mata wang Ringgit Malaysia, harga tiket untuk showcase ini tidak sampai RM10.00. Murah kan?
Semasa membeli barangan BLOCK B, kami memberanikan diri untuk bertanya dengan kru-kru di sana. Memandangkan acara ini dibuat di dalam kawasan pengajian tinggi, maka kru-kru terdiri daripada siswa-siswi Universiti Korea itu sendiri. Maka, untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tidaklah begitu sukar. Nasib kami sangat bertuah pada hari itu, apabila mendapat jawapan yang kami boleh membeli tiket di booth tiket.
Terlonjak kegembiraanlah kami, berlari menuju ke tempat yang dikatakan boleh membeli tiket. Kerana sepanjang pemerhatian kami di sana, kami nampak booth tiket untuk ditebus sahaja. Sampai di sana, kami terus membeli tiket. Mencuba untuk membelikan tiket untuk rakan, tapi mereka tak benarkan. Mungkin mahu mengelak dari berlakunya kes ulat-ulat tiket yang selalu menjual semula tiket dengan harga yang melampaui batas kepada peminat-peminat luar negara. Maklumlah harga tiket tersangatlah murah. Dikatakan hasil dari penjualan tiket ini akan didermakan untuk kebajikan. Best kan dengar? Sambil berhibur sambil buat kebajikan. Dapat pahala woo~~!!
![]() |
Inilah tiket yang bernilai hanya 1,100 KRW. Tiket showcase termurah yang pernah kami beli dalam dunia K-Pop |
![]() |
Ni pula gelang (wristband) selepas dah beli tiket. |
Sambil menunggu waktu untuk masuk ke dalam Stadium Tiger Dome, kami pun berjalan-jalan di sekitar luar stadium untuk melihat apa-apa yang menarik. Di bawah adalah beberapa gegantung (bunting) individu ahli-ahli BLOCK B.
![]() |
U-Kwon |
![]() |
P.O. |
![]() |
B-Bomb |
![]() |
Jaehyo |
Cuba baca betul-betul apa yang tertulis di gegantung (bunting) yang sebelah kiri?
“Of the BBC. For the BBC. By the BBC.”
“Dari BBC. Untuk BBC. Dengan BBC.”
Terharu tak? terharu tak? Menyentuh perasaan tak? Setahun lamanya penantian BBC. Maka inilah kata-kata yang dapat menunjukkan betapa BLOCK B juga merindui BBC.
Sepanjang berada di sekitar stadium, apa yang membuat kami tertarik dengan gaya BBC adalah mereka tahu bagaimana untuk menghiburkan BBC yang lain. Kami tertarik dengan beberapa BBC yang tampil secara tiba-tiba di tengah-tengah peminat yang ramai. Menjerit dan cuba mendapatkan perhatian ramai untuk menyaksikan persembahan mereka. Mereka cuba untuk membuat cover dance dari lagu BLOCK B.
Walaupun tidak begitu profesional, tapi semangat mereka itulah yang amat kami suka kerana mereka tidak segan. Reaksi dari penonton juga sangat positif. Mereka menjerit, tepuk tangan dan bersorak bersama-sama. Semuanya nampak begitu gembira sekali. Mungkin perasaan rindu dengan BLOCK B, maka peminat-peminat juga tidak ambil kisah dengan kesilapan peminat itu. Apa yang penting? BLOCK B dan BBC gembira.
![]() |
BBC yang menghiburkan hati BBC yang lain dengan persembahan dance cover ‘Be The Light’. |
Sedikit video yang sempat kami rakamkan
Pada pukul 5.00 petang pintu pagar pun dibuka. Beginilah keadaannya. Tiada tolak-menolak di antara mereka. Semuanya masuk dengan tenang. Mungkin kerana setiap tiket sudah mempunyai nombor tempat duduk.
![]() |
Sebanyak 710kg beras yang didermakan oleh BBC dari seluruh dunia untuk kebajikan. Tahniah! Tahniah BBC! |
Oh, tidak lupa juga BBC dari Malaysia turut terlibat dalam projek beras ini. MYBlockBClub bergabung bersama-sama kelab peminat dari seluruh dunia yang dijayakan oleh Blockbintl.
![]() |
![]() Mesej dari gabungan BBC seluruh dunia. |
Untuk melihat-melihat gambar-gambar yang lain sila klik SINI.
Ikuti kami di: