Pada Ogos yang lalu, kami ada menulis tentang uji bakat pertandingan nyanyian realiti KPop Star Hunt 3 yang turut mengambil tempat di sini. Uji bakat tersebut telah berlangsung pada hari yang sama Inspiring Korea Festival. Tak mampu kami untuk berada di dua tempat pada masa yang sama.
Kawan kami yang sempat pergi semasa sesi uji bakat berlangsung berkata, kebanyakan peserta mempunyai bakat yang luar biasa dan ada yang telah beberapa mencuba. Uji bakat di Malaysia dihakimi oleh wakil dari Channel M, penyanyi Malaysia Atilia, wakil TM. Tiada wakil dari FNC Entertainment seperti uji bakat di negara lain.
Naib juara untuk musim kedua yang lalu iaitu Erul turut membuat persembahan di sana. Kami teringin nak tengok dia beraksi, tapi apakan daya. Sepuluh orang yang disenarai pendek untuk pusingan di Malaysia. Selepas itu diumumkan, nama dua peserta yang akan dipilih untuk mewakili Malaysia untuk musim ketiga pertandingan ini iaitu Putri Norizah dan Ryan Foo.
Kalau tak silap kami, Putri pernah menyertai uji bakat Super Star K Musim 4 dan Ryan pula pernah mencuba untuk musim sebelum ini tapi tidak berjaya.
Seramai 14 peserta telah dipilih untuk pusingan akhir dan mereka kini berada di Seoul untuk menjalani sesi latihan di FNC Entertainment. Kami ucapkan tahniah kepada mereka dan mendoakan kejayaan mereka di Seoul nanti.
Episode pertama dijangka akan disiarkan pada 30 November melalui saluran Channel M. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan mereka melalui twitter Putri dan Ryan serta Kpop Star Hunt 3 dan Facebook Channel M.
Gambar : Hypp World Channel M
Ikuti kami di: