Tahun ini merupakan tahun keenam sejak penubuhan FTISLAND dan mereka menyambutnya dengan konsert khas siri jelajah 2013 FTISLAND Concert FTHX bersama peminat dan juga pelancaran album mini terbaru.
FTHX ialah kombinasi antara nama band ini dan ‘THANX’ sebagai tanda terima kasih dan penghargaan band in terhadap peminat mereka yang telah bersama sejak mereka ditubuhkan pada tahun 2007.
Berita gembira buat peminat apabila Malaysia telah diumumkan sebagai lokasi pertama luar negara untuk siri jelajah 2013 FTISLAND Concert FTHX. Konsert ini telah bermula di Seoul pada September yang lalu.
Info mengenai konsert di Malaysia:
2013 FTISLAND 6TH ANNIVERSARY FTHX LIVE IN KUALA LUMPUR
Tarikh : 22 Disember 2013
Waktu : 5:00 petang
Lokasi : Stadium Negara
Tiket telah dijual dan boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com. Harga tiket dan zon boleh dilihat di pelan kedudukan di bawah.
FTISLAND terdiri dari Choi Jong Hoon, Lee Hong Gi, Lee Jae Jin, Choi Min Hwan dan Song Seung Hyun telah beberapa kali datang ke Malaysia. Untuk konsert kali ini, Hong Gi telah mencipta lagu berjudul Memory yang turut dimuatkan dalam album baru ini.
Mari kita lihat persembahan mereka untuk lagu ini semasa konsert di Seoul.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.facebook.com/daolentertainment // www.daolent.com.my. Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.
Ikuti kami di: