Ajieb Rosdi Dalam Senarai Pendek untuk We Got Married Global Edition

Adakah rancangan variety We Got Married: Global Edition akan kembali untuk musim kedua? Kami membaca Diari Ajieb dan dia memberitahu yang dia bakal menyertai satu program realiti seperti yang dimaklumkan oleh pengurusnya di sana.
Pada mulanya, dia menyangka akan menyertai Running Man kerana program tersebut memang terkenal di kalangan peminat antarabangsa dan juga sebab ianya tidak merlukan kemahiran berbahasa Korea sangat.

Pengurusnya memberitahu yang nama Ajieb Rosdi telah disenarai pendek untuk menyertai program realiti We Got Married: Global Edition. Tapi tak boleh teruja lagi sebab ini bergantung kepada artis wanita yang akan menjadi pasangan untuk lagu duet Ajieb nanti.
Jika ini menjadi realiti, siapakah pula pilihan anda? Adakah penggambaran akan dilakukan di Malaysia? Ajieb tetap memilih IU atau Ailee tapi gadis-gadis itu mempunyai peminat lelaki yang ramai dan fanatik. Tapi kalau dari kumpulan Ladies Code pula, muda lagi. Apa-apa pun, kami doakan Ajieb yang terbaik.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter