Sejak mereka muncul buat kali pertama pada Mac 2012, BTOB berpeluang untuk mengadakan promosi album di Asia dengan sokongan peminat mereka dan juga media.
BTOB telah mengadakan sidang media melalui Google Hangout bersama dengan media dari negara-negara yang pernah dilawati. Sidang media ini diadakan untuk berterima kasih kepada media luar negara yang memberi sokongan terhadap album baru mereka.
Kami mendapat rakaman audio dari sahabat media kami yang menghadiri sidang tersebut dan sudi berkongsi dengan pembaca Buletin Kpop.
Ahli-ahli BTOB memperkenalkan diri dalam 5 bahasa kerana ada media dari negara Indonesia, Taiwan, Singapura, Thailand dan sudah pasti Malaysia.
Apabila ditanya mengenai album terbaru mereka, Eunkwang menjawab yang mereka telah bekerja keras untuk menjayakan album ini dan menghasilkan muzik yang mereka gemari dan tunjukkan kepada peminat apa yang mereka alami sebelum album ini terhasil.
Ilhoon menjawab dia dan Sungjae apabila ditanya siapa ahli BTOB yang paling sesuai dengan konsep Thriller. Sebab kenapa mereka menyiarkan lagu mereka di radio dahulu kerana mereka mahu peminat mendengar suara mereka menyanyi secara langsung dahulu dan rasa gembira apabila mendapat sambutan baik dari peminat.
Sebenarnya album mini ini dinamakan Thriller bukan lah kerana Michael Jackson, seperti yang dijelaskan oleh mereka. Tetapi komposer mereka mendapat inspirasi dari filem arahan Tim Burton yang berjudul ‘The Nightmare Before Christmas’ yang kebetulan turut memuatkan lagu bertajuk ‘Thriller‘.
Lagu karya Hyunsik turut ditampilkan di dalam album ini. Dia menulis lagu ‘Star’ semasa masih menjadi pelatih dan dia berhasrat untuk menjadi bintang yang bersinar terang pada masa hadapan. Untuk lagu ‘Why‘ pula dia bekerjasama dengan Gikwang dari BEAST dan dia berharap untuk menulis lagu untuk kumpulan BEAST jika diberikan peluang.
Jika mereka diberi kesempatan, mereka juga ingin bekerjasama dengan artis antarabangsa dan Korea. Ilhoon menyatakan yang dia ingin bekerja dengan Chris Brown dan Pharell sementara Hyunsik pula menyatakan hasrat untuk bekerja dengan Sung Si Kyung.
Gambar di atas diambil dari twitter Cube United yang berkongsi sebaik sahaja tamat sesi sidang media.
Ikuti kami di: