Ada kumpulan idola baru yang akan datang ke Malaysia buat kali pertama pada hujung minggu ini untuk mengadakan jelajah promosi. Kumpulan tersebut ialah M.I.K (Move In Key). Tengok singkatan boleh juga kepada Made in Korea.
Berita baik lagi ialah acara promosi ini dibuka kepada umum atau dengan kata lain ialah PERCUMA.
Jadual Jelajah Promo seperti berikut:
Tarikh : 26 Oktober 2013 (Sabtu)
Waktu : 3 petang
Lokasi : One Segamat Shopping Mall
Tarikh : 26 Oktober 2013 (Sabtu)
Waktu : 7.30 malam
Lokasi : The Summit Subang USJ
Mereka dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada hari esok, Khamis 4.30 petang di KLIA. Kalau sampai di sini esok, apa lagi yang ada di dalam jadual mereka. Memandangkan promosi mereka pada hari Sabtu. Oh, rupanya promosi akan dilakukan di Johor dan Selangor.
M.I.K terdiri daripada U.Shin (Ketua), Jay (Vokal), Czero (vokal) dan Sakoo (rapper) dan baru sahaja debut pada Julai yang lalu. Mereka di bawah pengurusan G.A Entertainment.
Video muzik pertama mereka dengan lagu bertajuk Get Away.
Ini pula persembahan sulung mereka di M.net m-Countdown pada September yang lalu.
Promosi ini dianjurkan oleh New Pro Star. Sebarang pertanyaan hubungan mereka di +603-79600779 atau lawati Facebook “New Pro Star Sdn Bhd”. Acara ini telah dikemaskini di Kalendar K-Pop.
Ikuti kami di: