12 Serigala Kacak dari Planet EXO menggamatkan MTV World Stage 2013 di Malaysia

exo world stage malaysia

Hujan yang melanda pantai buatan manusia Sunway Lagoon tidak menghalang peminat-peminat K-Pop untuk menyaksikan persembahan hebat kumpulan EXO yang terdiri daripada 12 orang ini di MTV World Stage Live in Malaysia 2013. Ini bukan kali pertama mereka datang ke Malaysia.
Bukan senang tau nak dapatkan pass percuma untuk menghadiri konsert ini. Kami siap masuk pertandingan yang dianjurkan oleh salah satu penganjur dengan hasrat untuk memenangi pass. Nasib baik menyebelahi kami dan memang niat untuk berkongsi kegembiraan bersama dengan pembaca blog Buletin Kpop. Kami memberi dua pas kepada pembaca kami melalui pertandingan yang diadakan di twitter. Baik tak kami ni.

Persembahan pembukaan pada malam itu oleh artis hip hop tempatan Joe Flizzow bersama rakan-rakan dia, Altimet dan SonaOne. Memang bertenaga habis. Kami memang teruja lah dapat mendengar lagu baru dia pada malam itu.
Selepas itu baru lah giliran EXO pula. Para peminat EXO dah bersemangat waja menjerit EXO-EXO. Kami tak lah berbuat macam tu. Adrenalin masih terasa selepas persembahan Joe tadi. Rupanya ada peminat mereka yang telah beratur sejak hari Jumaat iaitu dua hari sebelum konsert berlangsung.

Sebelum persembahan mereka bermula, sempat lah kami memandang sekeliling. Tak sangka, ada peminat-peminat mereka dari Korea turut hadir dan membawa sekali kamera DSLR dan lensa yang besar tu. Pelik kami, macam mana mereka membawa masuk kamera tersebut, sedangkan pemeriksaan ketat telah dilakukan. Tapi apa yang kami geram. Mereka ni tak hormat pada artis yang telah membuat persembahan sebelum itu dan sanggup menolak untuk mendapat kedudukan yang sesuai untuk mengambil gambaar.
EXO muncul  dan tidak menghampakan para peminat mereka. Macam biasa, ayat-ayat manis seperti terima kasih buat peminat dan penghargaan kepada Malaysia. Antara lagu-lagu yang mereka sampaikan ialah Wolf, History, 365 dan Growl. Kalau siapa yang tak kenal EXO ni, mesti ingat mereka ni budak sekolah mana lah datang buat lawatan sebab baju mereka pada malam itu.

exo world stage malaysia
Selepas mereka selesai membuat persembahan, hampir 1/3 penonton turut meninggalkan Sunway Lagoon. Tak baik tau buat macam ni, tapi ni beri ruangan kepada kami untuk menyaksikan persembahan Far East Movement dan Robin Thicke pula. 
Konsert ini telah beberapa kali disiarkan di televisyen melalui saluran MTV Asia dan kami rasa bangga dapat menyaksikan persembahan semua artis di sini.
exo world stage malaysia
exo world stage malaysia

Gambar kredit: Rizki Maulana & MTV Asia

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter