Lagu-lagu Zee Avi dalam drama Good Doctor dan The Master’s Sun

zee avi

Kami sekarang sedang menonton drama Good Doctor yang disiarkan di KBS World saluran Astro 391. Ada satu babak dalam episod 4 di mana Kim Do Han dan tunangnya sedang makan malam di restoran dan lagu ini dimainkan. Rupanya lagu tersebut ialah nyanyian Zee Avi.
Ini memerlukan kemahiran mendengar yang teliti sebab kalau tak perasan memang akan terlepas.
Tajuk lagu Zee Avi tersebut ialah Siboh Kitak Nangis (Tak Perlu Menangis). Dia berasal dari Miri, Sarawak dan kini menetap di Amerika Syarikat.
Ini memerlukan kemahiran mendengar yang teliti sebab kalau tak perasan memang akan terlepas.

Kemudian, kami mendapat tau yang dalam drama The Master’s Sun yang kini disiarkan di One HD turut ada lagu Zee Avi. Kali ini lagu yang bertajuk Bitter Heart. Mesti ramai yang tau lagu ini.
Lagu ini ada dalam episod 13 adegan rakan-rakan Taeyang sedang minum di kafe pada minit 21:14.

Walaupun lagu-lagu ini bukan lah terdapat dalam album soundtrack drama-drama ini tapi ini membuktikan bahawa muzik itu global dan muzik artis Malaysia juga mempunyai potensi untuk pasaran di sana.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter