Mesti ramai yang bersedih sebab acara bertemu ahli kumpulan Running Man iaitu Kim Jong Kook, Gary, HaHa dan Ji Suk Jin iaitu RACE START! In Malaysia. RUNNING MAN Fan Meeting Asia Tour 2013 yang dijadualkan berlangsung pada 7 September yang lalu telah ditangguhkan.
Ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak penganjur di laman Facebook. Sehingga kini tiada maklumat mengenai sebarang bayaran balik. Tetapi apabila kami melawat laman Ticket Charge iaitu ejen tiket acara ini. Terdapat notis penting dari penganjur iaitu; acara ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak dalam bulan Disember 2013. Mereka juga menunggu maklum balas bersama pihak pengurusan Korea.
Melihat laman Facebook Race Start yang mula-mula mengeluarkan kenyataan mengenai acara Malaysia dibatalkan, kami tertanya jika ini laman rasmi atau dibuat oleh peminat kerana kurangnya kemaskini mengenai acara jelajah bertemu peminat Running Man. Kebanyakan promosi dan kemaskini dilakukan oleh penganjur tempatan. Laman Facebook tersebut dibuka pada 18 Ogos 2013. Sebagai promoter dari Korea, seharusnya lebih banyak maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa seperti mana laman Facebook penganjur yang lain.
Urbanworks iaitu promoter Korea telah mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku. Tetapi pada pendapat kami, tindakan ini amat tidak profesional kerana mendedahkan maklumat sulit kontrak antara mereka. Ini menunjukkan bahawa, pihak Korea telah menerima bayaran dari penganjur di Malaysia tetapi ini tidak dinyatakan dalam kenyataan. Jika penganjur Malaysia telah membuat bayaran, bermakna mereka tidak dapat membuat bayaran balik kepada peminat. Mereka juga menyalahkan penganjur Malaysia sepenuhnya.
Jika anda telah membeli tiket untuk acara ini, apa tindakan anda seterusnya? Adakah anda akan menanti sehingga Disember ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Ikuti kami di :