Mesti peminat-peminat VIXX yang digelarkan STARLIGHTS telah sedia maklum bahawa mereka akan datang ke Malaysia pada minggu ini. Ini merupakan kali kedua VIXX datang ke Malaysia selepas hadir di sini pada tahun lepas.
Malaysia merupakan negara pertama dalam siri jelajah VIXX First Global Showcase 2013 ‘The Milky Way’. VIXX terdiri daripada enam ahli ini akan mengadakan persembahan menghiburkan buat para peminat yang telah menanti untuk bertemu dengan mereka.
Info untuk showcase:
VIXX FIRST GLOBAL SHOWCASE 2013 ‘THE MILKY WAY’ LIVE IN KUALA LUMPUR
Tarikh : 20 Oktober 2013
Masa : 1 petang
Lokasi : HGH Convention Centre
Mari tengok klip ucapan dari mereka. Terima kassih~~
VIXX juga amat gembira dan teruja untuk bertemu peminat mereka di sini. Mereka berharap agar STARLIGHTS tidak membazir wang untuk membelikan hadiah untuk mereka. Kehadiran peminat di showcase ini merupakan hadiah yang paling mereka ingini dan hadiah terhebat buat mereka.
Harga tiket seperti berikut:
• RM 483 (Zon VIP) bersama pass untuk sesi High 5 dan bergambar (Hubungi pejabat Jazzy untuk maklumat)
• RM 283 (Zon I) + poster percuma
• RM 103 (Zon X)
Info untuk membeli tiket:
Jazzy Group – 03-56221600
TicketCharge – 03-92228811
Barangan rasmi VIXX juga telah dibuka untuk tempahan dan barangan boleh diambil pada hari showcase nanti. Mereka yang tak sempat buat tempahan, mungkin boleh beli pada hari tersebut.
Ikuti kami di :