Drama Indonesia Saranghae lakonan Putera Balada Tim di TV9

tim hwang saranghae Revalina S. Temat

Mesti ramai yang terkejut baca tajuk artikel ini kan. Tim ialah penyanyi balada terkenal di Korea terutama dengan lagu hit bertajuk I Love You. Beliau telah mula mengorak langkah menjadi pelakon tetapi drama pertama ialah drama Indonesia.
Tim pernah datang ke Malaysia pada tahun lepas untuk promosi album terbaru. Memang dia amat tinggi dan kacak sekali.
Drama yang bertajuk Saranghae ini mengisahkan tentang seorang penyanyi Korea yang bernama Kim Young Min (Tim) telah pergi ke Bali untuk menyelesaikan konflik keluarganya. Kim merupakan anak seorang usahawan terkenal dari Korea, Kim San. Kira Tim ni anak chaebol lah. Tiba di Bali, dia bertemu dengan Ayu lakonan Revalina S Temat yang berlakon dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu. Ayu pula merupakan anak kepada usahawan di Bali. Di sana, Young Min bertemu dengan banyak kejadian yang tidak disangka.
Lagu tema untuk drama ini ialah Saranghamnida yang turut dinyanyikan bersama dengan penyanyi wanita, Astrid.

Drama ini telah mula disiarkan pada 16 Oktober yang lalu, Isnin hingga Jumaat, 5.30 petang di TV9.

Ikuti kami di:
FACEBOOK | TWITTER

Share on facebook
Share on twitter