Pada bulan Ogos yang lalu, kami ada menyiarkan artikel mengenai Jay Park memberi pesanan buat peminat di Malaysia dan seterusnya mengenai acara tayangan yang dianjurkan oleh kelab peminat dia.
Bagi kami, acara ini menarik buat para peminat dia. Baru-baru ini kami mendapat tahu sebenarnya acara ini dibatalkan atas sebab kurang penyertaan dari peminat. Tetapi apabila kami melihat Facebook Good times with Jay Effect dan laman acara, ia diteruskan juga walaupun dengan kehadiran peminat yang sedikit. Mungkin sebab dewan sudah ditempah dan lain-lain (merujuk kepada poster di atas)
Secara jujur, perkara ini mengecewakan sebab Jay Park pernah membuat persembahan di Malaysia di hadapan ribuan penonton dan beberapa kali pernah datang ke sini. 100 orang untuk hadir ke acara peminat memang angka yang mustahil sebab ada kelab peminat yang aktif menganjurkan perjumpaan purata kedatangan ialah 30 orang.
Tapi kami berharap perkara ini tidak mematahkan semangat kelab peminat Jay Park untuk terus membuat aktiviti seperti ini. Mungkin ahli jawatankuasa boleh melihat kelab-kelab peminat yang lain di sini bagaimana mereka melakukan aktiviti dengan kehadiran yang ramai.
Ikuti kami di: