Lunafly kembali ke Malaysia selepas bertemu peminat buat pertama kali pada bulan Mac yang lalu. Ingat lagi tak video muzik yang mereka lakukan di sini yang menampilkan peminat mereka. Siapa dalam video ni baik mengaku cepat? ^_^
Band trio ini akan mengadakan showcase pada 12 Oktober 2013 di Taylors University Lakeside Campus. Siapa yang pergi showcase mereka yang lalu mesti ingat. Mereka akan mengadakan persembahan dengan lagu baru dan juga lagu kegemaran peminat sempena menyambut ulang tahun pertama band ini.
Wah, ini pertama kali. Mereka akan mengadakan 2 persembahan iaitu “Superhero” Day Stage pada 3 petang dan “Fly To Love” Night Stage pada 8 malam. Pass dijual pada harga RM380 untuk premium dan RM180 untuk pass VIP yang dijual dalam kuantiti terhad. Istimewa untuk pemegang pass premium, setiap sesi akan diadakan sesi bertemu peminat sebelum persembahan di mana peminat boleh memilih untuk menghadiri sesi autograf atau sesi bergambar. Tambahan pula, terdapat banyak hadiah dan peluang untuk dimenangi dari Lunafly sepanjang hari.
Dari Facebook penganjur inspire.ME, pass-pass untuk dua acara ini laku seperti goreng pisang panas.
Mari lihat video pesanan dari Lunafly untuk peminat yang akan menghadiri showcase mereka di sini nanti.
Untuk lagi maklumat mengenai “365 WITH LUNAFLY” dan cara untuk dapatkan pass anda, sila rujuk F.A.Q dan tempahan pass. Kemaskini kalendar K-Pop anda bersama kami.
Ikuti kami di: