KTO membawakan BIGSTAR untuk peminat K-Pop sempena Inspiring Korea Festival

Inspiring Korea Festival bigstar malaysia

Kumpulan idola BIGSTAR akan berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini untuk mengadakan showcase. Kumpulan ini terdiri dari 5 anak muda diketuai oleh FeelDog bersama Raehwan, Jude, Baram dan Sunghak. Kumpulan ini baru sahaja mengeluarkan mini album berjudul “HangOut” dengan lagu rancak mereka “Run and Run“.
Nama FeelDog mungkin biasa didengar sebab dia muncul dalam program hiburan KBS Cool Kiz dan Dream Team 2.
Mereka akan mengadakan persembahan pada 21 & 22 September 2013 di Pavilion Kuala Lumpur sempena Inspiring Korea Festival anjuran Korea Tourism Organization di sini.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman KTO. Jangan lupa untuk kemaskini kalendar K-Pop anda bersama kami.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter