Video Ucapan dari Kim Jin Sung buat peminat drama Autumn Di Hatiku

autumn dihatiku ton ton hanez suraya kim jin sung anas ridzuan ezzaty abdullah aiman hakim

Drama bersiri web AUTUMN DI HATIKU yang ditayangkan menerusi portal video Tonton mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim. Tahniah kami ucapkan.
Tambah istimewa, kesemua episod AUTUMN DI HATIKU kini boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA. Kepada mereka yang nak tengok balik drama ni, silah tengok di Tonton.
Ini pula ucapan dari Kim Jin Sung yang berterima kasih kepada peminat drama ni. Suka lah dengar dia bercakap dalam Bahasa Melayu ni.

Yang ini pula video di sebalik tabar sewaktu sesi bergambar bersama Utusan pada Julai yang lalu.  Lihat Kim Jin Sung memakai baju Melayu berwarna biru. Kami rasa tiada gambar di versi online hanya di surat khabar. Tapi kalau nak tengok gambar-gambar di sebalik tabir, boleh tengok di sini.

Dari Facebook Tonton: BTS #AutumnDiHatiku Raya Photoshoot with Utusan! Fun fun day!

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter