Sesi Bertemu Peminat bersama Running Man di Malaysia Ditangguhkan

running man kim jong kook haha ji suk jin gary

Mesti ramai yang dah tau mengenai acara RACE START! in Malaysia. RUNNING MAN Fan Meeting Asia Tour 2013 ini telah dibatalkan melalui status di laman Facebook. Tapi kami menunggu kata akhir dari penganjur tempatan iaitu Big Pocket Group mengenai perkara ini.
Terdapat macam-macam khabar angin mengenai kenapa ia dibatalkan. Ada yang menyatakan bahawa salah seorang yang hadir mempunyai masalah undang-undang dan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Ada juga yang berkata bahawa penganjur tidak membuat bayaran kepada ejen di Korea. Walau apa pun, ini semua hanya kekal sebagai spekulasi. Alasan yang diberikan oleh promoter Korea ialah masalah yang dihadapi oleh promoter tempatan.
Setakat ini hanya Malaysia sahaja ditangguhkan. Selepas ini China dan Singapura acara masih dijadualkan berlangsung. Tak dapat lah peminat berjumpa dengan Kim Jong Kook, Gary, Haha dan Ji Suk Jin di sini.
Penganjur telah mengumumkan bahawa perjumpaan Running Man pada Sabtu ini 7 September 2013 ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak pada bulan Disember. Buat masa ini mereka masih menantikan jawapan dari pihak pengurusan Korea untuk tarikh yang sesuai.
Bulan Mei yang lalu, 2013 Asia Super Showcase in Malaysia juga telah ditangguhkan dan belum lagi ada tarikh baru.
Untuk lagi info atau pertanyaan boleh lah menghubungi talian mereka di 013 201 9048 dan email mereka. Tapi kami pasti talian mereka memang tak boleh dapat lah sebab ramai yang cuba telefon.
Apa-apa pun, kami berharap masalah ini akan diselesaikan dengan segera. Kesian kepada yang dah beli tiket tu terutama yang datang jauh-jauh ni.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter