Harga Tiket untuk Melihat T-ARA dan Boyfriend beraksi dalam Konsert Bintang Asian di Pulau Pinang

t-ara boyfriend penang asian superstar concert

Peminat-peminat kumpulan idola T-ARA dan Boyfriend, sudahkah anda merancang untuk naik ke utara untuk menyaksikan mereka?
Hari jualan tiket untuk Konsert Bintang Asian telah diumumkan. Nama konsert ni bukan kami yang terjemah ye. Ini jelas kelihatan dalam poster di atas. 
Maklumat:
Tarikh : 8 September 2013 (Ahad)
Lokasi : North Zone Stage, Queensbay Penang
Masa: 12 tengahari
Untuk 100 pembeli tiket pertama, anda akan mendapat t-shirt konsert rasmi dan poster edisi terhad.
Mereka yang membeli tiket akan berpeluang untuk menang tiket masuk ke parti selepas konsert. Tapi pada pendapat kami, mungkin T-ARA dan Boyfriend tidak akan menghadiri parti tersebut. Tapi ini semua mengikut budi bicara pihak pengurusan mereka.
Jualan tiket secara online juga akan bermula pada hari yang sama di laman TicketCharge.
Tiket-tiket berharga bermula dari RM109 sehingga RM 499 untuk rock zone. 
Mari tengok pelan duduk konsert tersebut. Kami menasihatkan anda agar pergi bersama kelab peminat T-ARA dan Boyfriend. Mungkin mereka ada rancangan untuk pilih zon yang sama. Memandangkan konsert ini turut menampilkan artis-artis yang lain.

t-ara boyfriend penang asian superstar concert

Ikuti kami di: 
Share on facebook
Share on twitter