Minggu lepas tak cukup kaki kami berlari sebab sibuk dengan undangan rumah terbuka, konsert CNBLUE dan juga hari jualan tiket konsert INFINITE. Tapi kami gagahkan juga sebab nak beli tiket untuk tengok INFINITE beraksi di konsert pertama mereka 2013 INFINITE 1ST WORLD TOUR ‘ONE GREAT STEP’ IN KUALA LUMPUR.
Jualan tiket telah bermula pada hari Ahad yang lalu di Fahrenheit 88 bermula pada pukul 11 pagi. Selain jualan tiket konsert, cabutan bertuah juga turut diadakan di mana mereka yang bertuah memenangi album artis dari naungan Warner Music. Tahniah kepada mereka. Kami di sini cemburu.
Sebelum dan selepas kaunter jualan dibuka. Ini yang beratur di dalam tak tengok mereka yang telah beratur di luar sejak awal lagi. Boleh tengok gambar di bawah ye.
Ini pula salah seorang INSPIRIT yang ditemani oleh ayahnya dan menang cabutan bertuah. INFINITE album!!! Ayah yang sporting!
Salah seorang INSPIRIT yang memenangi cabutan bertuah Album CD Heo YoungSaeng dari Warner Music.
Lagi INSPIRIT yang menang cabutan bertuah semasa pra-jualan tiket #OGSinMy . Untunglah dapat menang CD FT Island.. ^^
Perkembangan jualan terkini dari Ticket Charge yang dikongsi oleh IME Production:
Zon VVIP R1、R2、L1 dan L2 telah HABIS DIJUAL!!! Zon VVIP R3, L3 & lain-lain sedang pantas dibeli, untuk membeli tiket anda sila lawati http://www.ticketcharge.com.my/ atau di kedai muzik Speedy dan Rock Corner berhampiran.
Siapa yang masih teragak-agak nak beli tiket tu baik bertindak segera. Nanti melepas nak tengok INFINITE. 🙂
Ikuti kami di: