Jelajah Promosi Bii Penyanyi Korea-Cina di Malaysia

Bii promo tour malaysia

Mesti ramai tidak mengenali Bii walaupun dia pernah mengadakan promosi di Malaysia. Bii yang berumur 24 tahun ialah artis berdarah campuran Korea dan Taiwan yang baru sahaja menamatkan khidmat negara.
Dia akan membuat lawatan promosi di Malaysia selama seminggu bermula 26 Ogos ini. Dia juga akan mengadakan showcase ‘Come Back to Bii Showcase in Malaysia‘ pada 31 Ogos 2013, (Sabtu), 8 malam di Studio Lounge, Tropicana City Mall.
Album terbaru dia baru sahaja dilancarkan 3 bulan yang lalu, dia telah membuat persembahan di lebih 80 acara dan mengadakan 12 showcase. Banyak peristiwa terjadi sepanjang jelajah promosi dia seperti; ada peminat yang mengikuti kereta dia dan ada yang beratur sehari lebih awal di lokasi persembahan. Kelakuan mereka amat merisaukan Bii yang bimbang akan keselamatan mereka dan dia menasihatkan mereka agar pulang.
Sepanjang di Malaysia, dia akan bertemu peminat di banyak tempat. Memandangkan kebanyakan peminatnya merupakan pelajar, jelajah kali ini akan diadakan di sekolah atau kolej. Dia juga mahu mengetahui gaya hidup kampus di Malaysia dan berinteraksi bersama peminat.
Ini ialah lagu Bii – What Can I Do yang dicipta khas untuk ibunya yang berdarah Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah promo Bii di Malaysia lawati laman web Universal Music, Facebook atau telefon Universal Music 03-79587433(ext 205/102).

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter