Mari sertai pertandingan yang dianjurkan oleh New Pro-Star Sdn Bhd.
Mesti dah tengok kan video dari Park Jung Min yang nak berjumpa anda nanti. Sekarang, apa kata anda bagi Park Jung Min pula yang melihat video anda. Bagi dia terharu sikit.
Macam mana nak sertai:
Langkah 1: Buat video yang menunjukkan sokongan anda atau sebarang mesej yang ingin disampaikan kepada Park Jung Min. Video tersebut mestilah tidak lebih dari 1 minit.
Langkah 2: Emel video 1 minit anda dalam format MP4 kepada [email protected] dengan subjek “Words to PJM_Nama anda” sebelum 2 September 2013 (Isnin), 5petang. Sila tinggalkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan no telefon dalam emel tersebut.
Langkah 3: Semua klip video yang diterima sebelum 2 September 2013 (Isnin), 5petang akan dimuat naik ke Facebook New Pro Star Sdn Bhd pada 4 September 2013 (Rabu).
Langkah 4: Kumpulkan kawan-kawan anda untuk LIKE di video anda mulai 4-14 September 2013. 10 video yang mendapat “LIKES” tertinggi akan dipilih oleh pihak penganjur dan mereka akan memilih 5 video yang paling kreatif dan bermakna. 5 video yang terpilih akan disiarkan semasa hari showcase dan anda akan dapat pas autograf bersama tempat duduk VIP pada sesi autograf.
Wah, memang menarik betul ni.
Peraturan:
a) Tarikh akhir ialah: 2 September 2013 (Isnin), 5 petang. Video yang diterima selama waktu tersebut tidak layak secara automatik untuk menyertai.
b) Masa dan Format: Video mestilah dalam 1 minit dengan format MP4 (boleh guna sebarang alat rakaman tapi pastikan video terang, jelas dan nyata)
c) Penganjur yang akan menentukan keputusan akhir ke atas pemenang.
d) Tertakluk kepada terma dan syarat.
Hadiah:
Video akan disiarkan pada hari showcase + 1 pass autograph + tempat duduk VIP di sesi autograf
Sebarang pertanyaan sila ke Facebook New Pro-Star Sdn Bhd.
Ikuti kami di: