Pasti ramai Runners sedang menghitung hari untuk bertemu dengan Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, HaHa dan Gary buat pertama kali di RACE START! In Malaysia. RUNNING MAN Fan Meeting Asia Tour 2013. Adakah anda telah mendapatkan tiket untuk menghadiri acara ini?
Bagi mereka yang telah membeli tiket Premium, Big Pocket Group telah mengumumkan yang sesi autograf akan berlangsung di Viva Home Shopping Mall tapi tak dinyatakan pula waktu dan tarikh. Mungkin ia akan berlangsung pada hari Ahad atau Sabtu tengahari, kalau ikut logik kami.
Siapakah yang anda ingin bertemu dan mendapatkan tandatangan mereka? Apa yang anda ingin ucapkan kepada mereka jika diberi peluang? Kongsikan kepada kami di bawah.
Sesi autograf hanya untuk pemegang tiket premium sahaja! Untuk membeli sila hubungi hotline 013 201 9048 atau email [email protected]. Untuk tiket-tiket zon yang lain boleh dibeli melalui Ticket Charge.
Terdapat kejutan yang akan berlaku semasa sesi bertemu peminat. Kalau nak tau kena lah berada di sana nanti.
Ikuti kami di: