INSPIRIT, sudah bersedia untuk pra-jualan tiket INFINITE ‘One Great Step in KL’ Ahad ini? IME Productions telah mengumumkan harga tiket dan maklumat jualan tiket seperti berikut.
Pelancaran jualan tiket akan diadakan di Pusat Membeli Belah Fahrenheit 88 bermula 11:00 pagi sehingga 4:00 petang. Setiap tiket akan diberi poster konsert edisi terhad (hanya pada pembelian tiket di Fahrenheit 88) berdasarkan siapa cepat dia dapat! Terdapat cabutan bertuah dan hadiah mesteri akan diberikan.
Pembelian secara atas talian akan bermula pada pukul 4 petang melalui laman web TicketCharge dan kedai muzik terpilih.
Pembelian secara atas talian: www.ticketcharge.com.my (603)92228811
Tarikh/Masa: 25 Ogos (Ahad) 4:00petang
Harga Tiket:
•RM683 (VVIP/VIP – tempat duduk bernombor)
•RM583 (Rock zone – berdiri bebas)
•RM583 (PS1 – tempat duduk bernombor)
•RM483 (PS2 – berdiri bebas)
•RM383 (PS3 – berdiri bebas)
•RM183 (PS4 – berdiri bebas)
Ini pula pelan duduk konsert. Pilihlah zon yang diinginkan.
Kami perasan yang harga untuk VVIP dan VIP ialah sama dan ini menimbulkan tanda tanya buat peminat. Tiada perbezaan atau akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur. Yang membezakan hanyalah jarak tempat duduk sahaja.
Harga macam ni kami ingat nak sertai mana-mana pertandingan untuk dapatkan tiket.
Ikuti kami di: