Genre K-Pop Perjudian Nasib untuk Single Pertama Ajieb Rosdi

ajieb rosdi single kpop

Ajieb Rosdi akan mengadakan sesi pra dengar single lagu K-Pop pertama. Lagu ini dicipta oleh komposer dari Korea.
Dia juga akan mengeluarkan lagu duet dengan artis K-Pop perempuan tidak lama lagi. Apa yang dikhabarkan ialah rakan duet dia ialah bintang K-Pop popular. Adakah artis perempuan yang dimaksudkan itu ialah IU, Hyorin atau Ailee? Bersama kita nantikan.
Maklumat untuk majlis pra-dengar itu seperti berikut:
Acara: KPOP Raya with AJIEB!
Tarikh: 24 Ogos 2013
Masa: 8 malam
Lokasi: REDBOX IOI PUCHONG, KUALA LUMPUR
Bagi yang tidak mengenali Ajieb, sedikit mengenai beliau. Ajieb merupakan pengacara TV dan hos acara. Kebanyakan rancangan hiburan Astro dihoskan oleh Ajieb dan kami kagum dengan usaha dan semangat dia menjalani latihan intensif selama 4 bulan di Korea.
Dalam temuramah Ajieb bersama Mwave, dia berkata dia pernah mengikut sekumpulan peminat FT Island dari lapangan terbang hingga ke hotel penginapan. Alamak, rasanya kamilah tu kalau tak silap ini pada 2011.
Mungkin rupa Ajieb yang tidak kacak seperti idola Korea dan tua dari umur yang sepatutnya, tapi ini tidak menghalang Ajieb untuk menunjukkan potensi diri. Kami berharap ini dapat dijadikan inspirasi buat semua yang orang Melayu pun boleh mencuba nasib di dunia hiburan Korea.
Untuk lebih maklumat lawati laman web Ajieb dan ikuti dia di Facebook dan Twitter. Semoga berjaya buat Ajieb. Fighting!

Ikuti kami di: