Boyfriend dan T-ara Bakal buat Persembahan Oktober ini di Pulau Pinang

t-ara boyfriend malaysia penang

Oghang utagha!

Wah, ini ada satu lagi berita baik untuk anda. Kumpulan Boyfriend dan T-ara telah mengesahkan kehadiran mereka untuk Asian Superstar Concert 2013 di Pulau Pinang yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.
Konsert ini akan berlangsung di Pulau Pinang pada 26 Oktober 2013, Sabtu. Menurut produser konsert, dua artis dari Korea dan 7 artis dari Taiwan akan terlibat menjayakan konsert ini. Mereka semua telah mengesahkan akan membuat persembahan di konsert ini.
Maklumat konsert:
Asian Superstar Concert 2013 in Penang
Tarikh : Oktober 26, 2013
Lokasi : Penang International Sports Arena
Masa : 8malam
Artis Korea : Boyfriend & T-ara
Harga Tiket :
Rock Zon – RM 499
VVIP – RM 399
VIP – RM 359
Zon A – 299
Zon B – 229
Zon C – RM 109
Memandangkan konsert ini sekali dengan artis lain harap peminat akan pergi secara berkumpulan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Konsert ini ditaja oleh MC Entertainment dengan kerjarasama DreamWorks Entertainment Production.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook Asian Superstar Concert 2013 tapi kena lah tau baca Mandarin ye! Sila lihat Kalendar Acara K-Pop kami untuk acara terkini.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.