Buat pertama kalinya kumpulan A-PRINCE akan datang ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat. Mereka akan bertemu peminat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Wah, mesti gembira peminat mereka yang digelar A-LANDS!
Jadual untuk aktiviti mereka di ini seperti berikut:
A Prince Live in Malaysia (Pulau Pinang)
Tarikh : 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 9.30malam
Lokasi : Shop-In d’ Park, Sky Tv -Autocity Juru
A Prince Live in Malaysia (Kuala Lumpur)
Tarikh : 1 September 2013 (Ahad)
Masa : 2.30petang
Lokasi : Level 3, West Court, The Mines Shopping Mall
Tarikh : 1 Sep 2013 (Sun)
Masa : 5.30petang
Lokasi : Sungei Wang, Atrium
Ini bermakna mereka akan bertemu peminat sebanyak tiga kali di Malaysia. Aktiviti ini semua PERCUMA! Tetapi ada peluang untuk mendapatkan tandatangan mereka jika peminat membeli poster atau album pada tarikh berkenaan. Apa lagi semua!
Kumpulan ini terdiri daripada lima anak muda iaitu Sungwon, Minhyuk, Seungun, Siyoon dan Woobin.
Jom tengok video muzik terbaru mereka – Mambo. Comel je lagu ni. Siap ada sarikata.
Untuk lebih mengenali mereka ikuti mereka di Facebook, Twitter dan YouTube. Maklumat lanjut mengenai acara ini ikuti Facebook JNation Entertainment. Kami juga telah mengemaskini Kalendar Acara K-Pop untuk acara terkini.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.