Channel M Bawakan Kembali Kpop Star Hunt Musim Ketiga

Rancangan realiti menyanyi dan menari Kpop Star Hunt kini kembali untuk musim ketiga. Dianjurkan oleh channel M yang merupakan saluran Kpop Asia yang dimiliki bersama oleh CJ E&M dan Fox International Channel, dengan sokongan latihan penuh dari FNC Entertainment, salah satu label muzik terkenal di Korea yang menaungi kumpulan band idola CNBLUE dan FTIsland.
Mereka yang mempunyai aspirasi dan bakat dalam vokal dan tarian dari lima negara, iaitu, Singapura, Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Thailand mempunyai peluang untuk bertanding di antara satu sama lain dan memenangi kontrak rakaman! Pemenang juga bakal berduet bersama artis FNC, debut secara solo di Korea atau negara asal dan membuat persembahan di Global M! Countdown.

Keseluruhan ujibakat dan proses latihan akan dirakamkan dan disiarkan di seluruh Asia sebagai program mingguan realiti. Sebaik sahaja anda layak untuk ujibakat dan terpilih sebagai pelatih, channel M, CJ E&M dan FNC akan menjadikan ANDA sebagai bintang mega seterusnya.
Ujibakat di Malaysia akan diadakan pada 21 September ini. Lawati www.kpopstarhunt.com dan maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi. Anda juga boleh mengikuti twitter Kpop Star Hunt dan Facebook Channel M.
Bagi mereka yang tidak tahu, Erul dari Malaysia merupakan naib juara untuk musim kedua pada tahun lepas dan Eireen berjaya memasuki pusingan akhir. Kami juga telah mengemaskini Kalendar Acara K-Pop.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter