Jom tengok Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Gary & Haha bercakap dalam Bahasa Malaysia & Inggeris “Kami Cinta Malaysia!”

Tak sampai sebulan lagi untuk Race Start! in Malaysia. Sudahkah anda mendapatkan tiket untuk berjumpa dengan Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Gary dan HaHa?
Penganjur baru sahaja berkongsi peta kedudukan baru yang akan menyenangkan lagi mereka yang akan hadir ke acara tersebut. Jom tengok peta di bawah. Siapa yang belum ada tiket boleh lah tengok mana yang berkenan di hati.

Untuk makluman semua, tiket untuk zon normal Ticket Charge boleh dibeli melalui kaunter tiket Rock Corner mulai esok 14 Ogos bila kaunter buka pukul 10 pagi tau dan juga di laman web TicketCharge. Tiket zon premium beserta dengan sesi autograf (untunglah sesiapa yang beli ini). Tapi tiket zon premium hanya boleh dibeli melalui penganjur sahaja. Sila telefon mereka ya.
10 peminat bertuah yang membeli tiket zon VIP berpeluang untuk menghadiri sidang akhbar! Talian Hotline [+6013 201 9048 ] disediakan dari 10 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.
Terdapat juga kejutan untuk peminat yang hadir ke acara ini. Oleh itu, dapatkan tiket anda SEKARANG!
Jom tengok pula video promo dari mereka. Cakap dalam Bahasa Melayu tu. Siapakah kegemaran anda?

Untuk sebarang perkembangan mengenai Race Start in Malaysia! Running Man Fan Meeting sila ikuti laman facebook Big Pocket Group.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter