Info Terkini untuk Good Times with JAY EFFECT Acara Tayangan oleh Kelab Peminat Rasmi Jay Park

jay park good times with jay effect malaysia

Kami ada berita baik buat peminat Jay Park atau Jaywalkerz. Selepas diumumkan mengenai acara Good Times with Jay Effect yang bakal dianjurkan untuk peminat di sini, kelab peminat telah mengumumkan pelbagai aktiviti untuk menarik lebih ramai peminat untuk menyertai dan memberi sokongan kepada artis kesayangan mereka.
Satu acara tayangan dan simposium akan diadakan di beberapa negara di Asia termasuklah Malaysia (lompat bintang semua). Acara ini bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi untuk memberi kelebihan istimewa kepada ahli antarabangsa Jay Effect/Jwalkerz yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Jay Park. Sila rujuk kepada laman acara dari Facebook rasmi TeamJP untuk maklumat lanjut.

jay park good times with jay effect malaysia

Acara ini juga sebagai batu loncatan atau asas untuk Sesi Bertemu Peminat Antarabangsa bersama Jay di Malaysia suatu masa kelak.
Berikut ialah maklumat mengenai acara ini:
Tajuk: JP Screening & Symposium
Tarikh: 15 September 2013
Semasa acara ini berlangsung kelak, TeamJP akan menyiarkan video Jay Park yang belum pernah dilihat dan juga bermain permainan dan kuiz. TeamJP juga sedang berbincang dengan Jay Park untuk satu acara kejutan buat Jwalkerz Malaysia (suka lah tu). TeamJP juga menerima permohonan baru untuk menyertai kelab peminat rasmi Jay Park di hari tersebut.

Untuk memastikan acara ini dapat berlangsung mereka memerlukan sekurang-kurangnya 100 orang mendaftar melalui sesi pra-pendaftaran yang sedang berlangsung sekarang sehingga 16 Ogos ini. Jika kurang daripada 100, acara ini akan dibatalkan.

Mari mendaftar beramai-ramai agar Jay Park boleh hadir untuk bertemu peminat secara percuma. Kami juga telah mengemaskini Kalendar Acara K-Pop untuk acara terkini.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter