Sejak beberapa minggu yang lalu, kami menyedari KBS World telah meletakkan rancangan penuh di saluran Youtube mereka apabila kami mencari klip persembahan untuk rancangan Yoo Hee Yeol’s Sketchbook. Ini adalah berita baik bagi mereka yang tiada Astro di rumah atau tertinggal rancangan kegemaran kini boleh menonton kembali melalui Youtube.
Sebelum ini KBS World letak promo dan juga klip temuramah yang pendek di YouTube. Tapi kini satu episod penuh. Tak perlu lagi nak tunggu ada yang nak buat sarikata atau sebagainya. Kami perasan yang video akan dimuatnaik ke Youtube selepas ia disiarkan di KBS World TV.
Semua rancangan yang ada di KBS World TV memang akan ada di Youtube mereka kecuali untuk drama siri waktu malam. Kami rasa mereka tiada hak penyiaran untuk disiarkan di YouTube. Ini memang biasa berlaku. Tapi kami tetap bersyukur kerana dapat menonton rancangan kegemaran kami seperti Yoo Hee Yeol’s Sketchbook dan Immortal Song 2. Kami suka melihat perbualan di antara artis terutama yang bukan idol ini.
Sedikit info mengenai KBS World merupakan saluran TV untuk penonton antarabangsa (kita lah tu) disediakan oleh KBS, saluran penyiaran utama di Korea. Hiburan Korea terkini dan popular seperti drama, kpop, hiburan dan dokumentari terdapat dalam pelbagai sarikata, tapi setakat ini tiada Bahasa Melayu lagi kini boleh ditonton melalui saluran YouTube rasmi KBS World.
Untuk perkembangan terkini KBS World, lawati laman rasmi dan ikuti mereka di Twitter dan Facebook. Mereka juga rajin buat pertandingan yang ada pelbagai hadiah menarik.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.