Sebelum ini kami telah membuat artikel selepas MTV Asia mengumumkan senarai artis yang akan membuat persembahan untuk MTV World Stage Live di Malaysia 2013 namun tiada artis Korea dalam senarai tersebut.
Tetapi beberapa hari yang lalu MTV Asia telah mengumumkan bahawa kumpulan EXO akan turut membuat persembahan pada malam tersebut. (Mesti peminat EXO dah tak sabar ni). Menurut kenyataan akhbar dari MTV Asia ini merupakan kali pertama EXO datang sini. Tapi sebenarnya kali kedua buat tahun ini. Kali pertama semasa Golden Disk Award awal Januari yang lalu.
EXO akan membuat kemunculan buat kali pertama di MTV World Stage Live di Malaysia 2013 pada 8 September. Pas konsert boleh didapati melalui worldstage.mtvasia.com sehingga 27 Ogos ini. Pas konsert ini percuma dan tidak boleh dijual beli tau.
Konsert ini akan disiarkan di MTV Asia pada 21 September 2013 pada 12.30 tengahari waktu Malaysia.
Berdasarkan pengalaman kami menghadiri konsert ini semenjak di awal tahun ia diadakan. Betapa dinosournya kami ni. EXO mungkin akan membuat persembahan kedua selepas artis tempatan. Mereka mungkin akan membuat persembahan lebih dari 4 lagu (mereka ada ke lagu sebanyak itu?), tapi yang akan disiarkan di TV mungkin persembahan untuk dua lagu sahaja.
Pada tahun-tahun sebelum ini juga, ada sesi beramah mesra artis Korea bersama peminat. Adakah tahun ini EXO akan melakukannya juga? Semua terserah kepada pengurusan SM. Kami juga telah mengemaskini Kalendar Acara K-Pop.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.