Pesanan Jay Park buat peminat di Malaysia untuk Good Times with Jay Effect

jay park
Pada Isnin yang lalu, penyanyi Jay Park telah memberi pesanan melalui video di laman Facebook buat peminat berkenaan acara yang akan dilakukan oleh kelab peminat rasmi Jay Park. Malaysia telah disebut sebagai salah satu negara yang bakal terlibat dalam acara ini.
Acara yang disebutkan ialah sesi tayangan yang diberi tajuk Good Times with Jay Effect yang melibatkan negara Australia, Indonesia, Japan, Malaysia, Singapura dan Thailand. Dijangka bermula akhir bulan Ogos sehingga pertengahan September ini.

Untuk maklumat lanjut dan terkini sila ikuti laman Facebook Good times with Jay Effect dan Jaywalkers Malaysia.
Jay Park telah beberapa kali datang ke sini untuk membuat persembahan di MTV World Stage Live In Malaysia 2012 dan kali terakhir dia datang ialah sebagai artis undangan untuk konsert Mizz Nina pada bulan Mei yang lalu.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter