Macam tak percaya minggu ini ialah minggu akhir drama Autumn Di Hatiku ini. Adakah selepas ini kita dapat melihat lagi Kim Jin Sung muncul di tv kita?
Episod 19-24 drama ini boleh ditonton di SINI. Kalau nak tengok video, gambar atau nak menang barangan esklusif sila pergi ke laman rasmi Autumn Di Hatiku, serius tak tipu macam-macam ada. Boleh juga belajar bahasa Korea dengan JS siap ada pelakon tambahan lagi
Sinopsis:
Kai dan Jaja merentas waktu ke masa hadapan untuk menyaksikan nasib buruk yang bakal menimpa Nina. Jaja melawat Nina di masa hadapan yang kini lumpuh dan kehilangan memori mengenai Jaja.
Jaja dan Kai kembali ke masa kini lalu berdamai manakala Zidick menerima suatu berita buruk. Nina dan Autumn keluar untuk makan malam bersama sebelum Autumn menyampaikan berita buruk kepadanya.
Nina dibelenggu kesedihan kerana Autumn pulang ke Seoul manakala penyakit misteri Zidick mulai menunjukkan tandanya. Zidick cuba memujuk dan menceriakan hati Nina yang masih lagi bersedih.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Anda boleh tonton drama ini di semua jenis platform. Jangan kata tiada masa pula sebab hanya 5 minit diperlukan untuk tengok setiap episod.