Album ketiga 2PM berjudul GROWN telah berada di Malaysia

Seperti yang diumumkan melalui laman twitter dan Facebook JYP baru-baru ini, kumpulan 2PM telah mengeluarkan album ketiga mereka berjudul GROWN di Malaysia.

Setelah kami tengok beberapa laman Facebook syarikat muzik di Malaysia ni. Kami terjumpa maklumat bahawa album ini di bawah edaran Warner Music Malaysia. Warner juga turut menulis “2PM CD+DVD release !“. Ini bermakna terdapat CD dan DVD (selalunya mengandungi video muzik) akan dipasarkan. Melalui wikipedia pula (walaupun kadang-kadang tak boleh nak percaya), ia telah mula dijual semenjak 25 Julai yang lalu dan ini sebagai Versi Asia.
2PM kembali dengan album baru setelah dua tahun sibuk dengan aktiviti di Jepun dan konsert jelajah Asia (walaupun Malaysia bukanlah di hati mereka). Album ini menampilkan sisi matang 2PM sejak 2 tahun yang lalu sebagai lelaki dan juga ahli muzik.

Kumpulan yang terdiri daripada Taecyeon, Junho, Jun.K, Nichkhun, Chansung dan Wooyoung ini turut menunjukkan bakat mereka dalam menulis lirik dan lagu untuk beberapa lagu dalam  album ini.
Lagu All day I only think of you dan Comeback When You Hear This Song menjadi lagu utama dalam album ini.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter