Mesti anda perasan iklan atau trailer drama Wind Chimes in A Bakery ini setiap kali melayari laman Youtube sejak awal bulan ini.
Drama bersiri web ini mengisahkan kisah Adan dan Sue – seorang budak lelaki yang tidak mempunyai apa-apa tapi sebuah impian dan seorang gadis yang memiliki segalanya tapi tiada cinta. Selepas satu tragedi berlaku kepada Sue, Adam mengingat kembali kenangan indah yang mereka miliki.
Seperti yang semua sedia maklum drama Korea telah meraih populariti di Malaysia. Mencari inovatif bermakna mencipta kenangan bermakna yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Oleh, itu Samsung telah bekerjasama dengan pengarah Korea, Jang Jae Hyeok untuk memberi sentuhan Korea yang unik dalam produksi tempatan ini.
Jang rasa teruja dapat terlibat dengan projek ini. Dia berkata, “Saya tertarik dengan skrip Wind Chimes in a Bakery memandangkan saya amat berminat dengan kisah yang menginspirasikan kemungkinan. Saya percaya perasaan cinta dapat membangkitkan emosi yang kuat dan suci terhadap penonton. Saya rasa terpanggil untuk menolak sempadan drama Korea kepada rakyat Malaysia.”
Nama pengarah ini mungkin tidak biasa di kalangan peminat K-Pop atau drama Korea tetapi kami pasti yang anda pernah menonton video muzik arahannya seperti It’s Raining (Rain), Nobody dan Like This (Wonder Girls), Without U (2PM), Hoot (Girls’ Generation), Bonamana (Super Junior) dan Catch Me (TVXQ).
Pendatang baru Ahmad Nabil dan Koe Yeet masing-masing memegang watak Adam dan Sue sementara pelakon Awal Ashaari dan Liyana Jasmay membuat penampilan khas.
Episod pertama drama ini telah disiarkan di saluran Youtube Samsung Malaysia pada Sabtu (20 Julai) lepas. Episod baru akan disiarkan setiap hari Sabtu selama 8 minggu. Pastikan anda mempunyai kotak tisu berhampiran 😉
Untuk lebih maklumat mengenai Wind Chimes in a Bakery, sila layari saluran Youtube Samsung Malaysia atau layari laman Facebook Samsung Mobile Malaysia.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.