Mesti ada yang ingat kami dah lupakan Kim Jin Sung dan drama Autumn Di Hatiku sebab tiada entri baru. Tapi sebenarnya, banyak betul perkembangan yang berlaku sampai kami pun tak tau nak mula dengan yang mana satu dulu. Promosi rancangan raya dan macam-macam lah
Episod 13-8 drama ini boleh ditonton di SINI. Kalau nak tengok video dan gambar esklusif sila pergi ke laman rasmi Autumn Di Hatiku, serius tak tipu macam-macam ada. Boleh belajar bahasa Korea dengan JS.
Sinopsis:
Nina (Hanez Suraya) dan Jaja (Ezzaty Abdullah) menjadi mangsa buli Kai (Anas Redzuan) sehingga mereka hilang tempat tinggal. Zidick (Aiman Hakim Ridza) menawarkan tempat tinggal sementara di rumahnya kepada Nina dan Jaja.
Nina berbual dan mulai mengenali isi hati Zidick dengan lebih mendalam. Nina mulai keluar bersama Autumn manakala Jaja merancang untuk membalas dendam terhadap Kai.
Jaja membalas dendam dengan cara menculik dan menyeksa Kai secara kejam. Kai mendedahkan sebab sebenar dia seringkali membuli Jaja dan Nina.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.