Gambar: Kara dan Jay Park di MTV World Stage Live In Malaysia 2012

Ketika ini mesti ramai peminat K-pop sudah mengetahui barisan artis yang akan membuat persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia 2013.
Setakat ini tiada artis K-Pop diumumkan. Kami dah mendengar tangisan hati peminat yang sedih. Kami pun sama juga. Ini pertama kali semenjak diadakan dan tiada artis K-Pop.
Semalam telah diumumkan bahawa Kumpulan Sunway dan Viacom International Media Networks Asia akan terus berkerjasama untuk MTV World Stage Live In Malaysia menjadikan Sunway Resort City sebagai lokasi untuk acara ini untuk tiga tahun seterusnya. Pada tahun ini, ia akan diadakan di Surf Beach di Sunway Lagoon pada 8 September 2013.
Tapi jangan berhenti berharap kerana MTV akan membuat pengumuman untuk penambahan artis pada minggu mendatang. Mana tau, ada artis K-Pop yang akan disenaraikan. Kami mendengar khabar angin ada dua kumpulan yang telah disenarai pendek. (baca sudah percaya jangan)
Tahun lepas acara ini telah memecahkan rekod di mana seramai 18,000 orang telah hadir untuk menyaksikan persembahan bintang global Justin Bieber (comelnya dia), sensasi K-Pop Jay Park dan Kara dan salah seorang artis terkenal Malaysia, Mizz Nina.
Info lanjut, sila layari: Facebook, Twitter MTV Asia dan juga hashtag #worldstagemy untuk twitter dan instagram.
Untuk mengubati luka di hati, di sini kami kongsikan gambar-gambar Jay Park dan Kara di MTV World Stage Live In Malaysia 2012.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter