Baru-baru heboh di kalangan peminat kpop tempatan apabila video klip terbaru dari penyanyi cilik tanah air Najwa Latif untuk lagu I Love You dikatakan telah mengambil idea dari kumpulan vokal Korea iaitu 8eight untuk lagu Goodbye My Lover.
Video klip Najwa telah disiarkan di saluran Youtube rasmi Najwa sejak 4 Jun yang lalu sementara video klip dari kumpulan 8eight pula telah ada di saluran Youtube sejak tahun 2009 lagi.
Plot didalam kedua-dua video muzik ini ialah persahabatan di antara tiga sahabat baik di mana berakhir dengan tragedi.
Persamaan:
1. Watak utama merakam video gadis yang dipuja yang juga kawan baik sendiri
2. Mereka menghabiskan masa bersama-sama; makan, berjalan-jalan
3. Watak utama dilanggar kereta dan mati di tempat kejadian
4. Gadis melihat kembali video yang dirakam ada luahan perasaan buat si gadis dari watak utama
Peminat Najwa Latif dan peminat Kpop masing-masing memberi hujah dapat dilihat di ruangan komen video tersebut. Bagi kami, ini bukan lah salah Najwa Latif tapi lebih kepada pihak produksi yang membuat penggambaraan memilih jalan cerita untuk merealisasikan video klip buat Najwa.
Nak kata kebetulan tidak mungkin sebab memang banyak persamaan selain yang dinyatakan di atas. Mungkin pihak produksi menceduk idea kerana mereka menyangka tiada siapa yang akan perasan jika mereka mengambil idea dari video atau artis yang kurang popular pada mereka.
Anda nilaikan sendiri.
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.